Instagram cintagadissungai@blogspot.com: Petua

Petua

Halba Mampu Menambah Susu Ibu



Halba


Kita Memang jarang mendengar cerita tentang Halba.Halba selalu digunakan dalam masakan masyarakat Melayu dan India.Tapi,tahukah anda halba sebenarnya mempunyai kelebihan serta khasiatnya yang tersendiri.Antaranya,ia digunakan sebagai galactagogue ( agen pengeluar susu ) oleh ibu yang menyusukan anak yang boleh menperbanyakkan susu.Malah Kajian juga menunjukkan halba adalah pemangkin pengeluaran susu sebanyak 900%.Jika tidak digunakan dalam masakan,kita boleh menggunakan satu sudu teh halba ke dalam segelas air panas dan biarkan semalaman.Air halba boleh diminum pada waktu pagi sekali sehari pun cukup.Suplemen halba juga boleh dibeli di farmasi dengan nama Fenugreek atau Herbana.

 Petai Membantu Individu Berhenti Merokok



Petai


Berdasarkan penelitian daripada The New England Journal Of Medicine mendapati amalan memakan petai pada setiap hari berupaya menurunkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%.Selain itu petai juga dikatakan berhasil membantu individu  yang ingin berhenti merokok.Ini kerana petai mengandungi Vitamin B6,B12,Kalium dan Magnesium yang dikatakan berupaya membantu tubuh sembuh cepat daripada ketagihan Nikotin.Manakala hasil kajian oleh institut Psikologi Austria mendapati amalan memakan petai berupaya mengetasi masalah  kegemukan.Selain itu petai juga baik untuk pesakit Anemia,Sembelit serta Depresi.


Cendawan Miliki Banyak Khasiat.



Cendawan


Pasti ramai dikalangan anda gemar menikmati cendawan,namun masih samar-samar tentang khasiat yang terkandung di dalamnya.Selain daripada rasanya sedap serta menyelerakan,cendawan memang baik dalam perubatan.Berdasarkan kajian daripada Institut Sains Biologi,Fakulti Sains,Universiti Malaya,cendawan kukur atau nama saintifiknya Schizophyllun Commune mengandungi Schizophyllan iaitu bahan yang terkandung dalam ubat antitumor dan kanser selain dikatakan dapat membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh,antiradangan,antibakteria,antiparasit serta melindungi hati.Namun anda mesti ingat,tidak semua cendawan boleh dimakan dan ada juga yang beracun.


Susu Kambing Baik Untuk Tenaga Batin

Susu Kambing

Umum mengetahui susu kambing mempunyai 1,001 kelebihan  malah ia merupakan susu yang terbaik selepas susu ibu.Antara kebaikkan susu kambing adalah ia kaya dengan protein,enzim dan mengandungi faktor antipenuaan,antiartritis serta antibarah.Selain itu,susu kambing paling berkesan berbanding susu lembu dalam menyembuhkan penyakit dalaman antaranya penyakit demam kuning,lemah jantung,batuk kering serta cukup bermanfaat bagi mereka yang lemah tenaga batin.Sesuai diminum pada waktu pagi dan malam sebelum tidur.

Tiada ulasan: